Friday, 27 January 2012

WARKAH SUAMI BUAT ISTERI KETIKA KHURUJ FISABILILLAH..

WAHAI ISTERIKU

Hari ini aku pergi
meninggalkan kamu
meninggalkan anak-anak kita
meninggalkan rumah kita
yang penuh kenangan.

Hari ini aku pergi
kerana perintah dari Dzat
yang telah menancapkan
getaran dihatiku
ketika menatapmu
di saat malam pertama kita

Hari ini aku pergi
untuk menyenangkan hati Seseorang
yang telah korbankan seluruh hidupnya
untuk kebahagiaan kita hari ini
sehingga kamu dan aku
berjumpa dalam keadaan islam

Hari ini aku pergi
untuk menghapuskan luka
Sayyidul Ambia’ Muhammad S.A.W
kerana lautan maksiat
yang telah dibuat oleh orang
yang mengaku sebagai umatnya

Jadi…. wahai isteriku

aku pergi tinggalkan kamu
bukan kerana aku tak menyayangimu
tetapi kerana…
ada mata yang
tak mengantuk mngawasi kita
mengawasi cinta kita
ada tangan yang ak
an menghancurkan kita
ketika cinta kita
melebihi cinta kepadaNya…

Jika esok….
ketika kau terbangun dari tidurmu
kau dapati aku tiada disisimu
maka…cepat lah bertahmid

ALHAMDULILLAH….

Kenapa?
bukankah Ummul Mu’minin Aisyah r.a
ketika merasa senang
kerana hidup bersama Rasulullah S.A.W
Rasulullah S.A.W katakan:

“Bahawa orang yang paling bahagia adalah orang yang suaminya keluar dijalan Allah
kerana dia bukan hidup dengan kekasih Allah tetapi dia hidup dengan Allah swt”

Jika esok
ketika melihat kamar kita sepi
tiada gurau senda
seperti hari sebelumnya
maka…

bayangkan olehmu
bagaimana rumah sahabiah
suami mereka selalu pergi membawa pedang
terkadang tiada khabar
yang ada hanya kubur…
tetapi apa mereka katakan….
biarlah rumah kami sepi
asalkan rumah-rumah diseluruh alam
penuh dengan nur iman

Jika esok….
tiada tangan yang memberi suapan
ketika kau makan
seperti selalu

yakinlah wahai isteriku
Allah swt akan menyuapmu
dengan hidangan yang memiliki 70 rasa di jannah
yang tak akan jadi kotoran yang jijik…
bahkan mngeluarkan keringat melebihi kasturi

Jika esok musibah dan ujian datang kepadamu
dalam kehidupanmu tanpa aku
lihatlah hatimu
kemana kamu berlari?
saat itu Allah swt melihat hatimu..
segeralah berwudhu
dirikan solat
mengadulah kepada Robb mu
kau akan bahagia

di dunia yang sementara
dan akhirat yang kekal abadi

Jika saat itu
kau cari pertolongan dengan kebendaan
itulah kegagalan dalam hidupmu
kau akan menderita selama lamanya

Janganlah kamu bangga

seandainya dapat seluruh dunia dan isinya
tetapi… kamu kehilangan Allah swt
maka itulah kerugian yg besar bagi mu
biar pun…

kau berhasil menjaring Jibril a.s
dan kau boleh perintah mengikut kehendakmu
itu pun bukan kejayaan
jika hari harimu kehilangan Allah swt
orang yang kehilangan Allah swt
kehilangan segala galanya
padahal…
barangsiapa yang dapat Allah swt
dia dapat segala galanya

Jika esok
kau lihat rumah jiran kita
suara tawa dan keceriaan terdengar dari sana
suami mereka selalu dirumah
tak pernah khuruj fisabilillah
jangan kamu iri…
tetapi kasihanilah mereka..

kerana..
mereka sedang dalam tangisan dan permusuhan
yang hebat dirumah mereka
dirumah mereka akan datang malaikat maut
menjemput setiap nyawa yang ada
tanpa belas….
walau mereka kata…
jangan ambil isteriku
jangan ambil anakku
takkan ada tebusan sedikit pun
dan tak tertangguh sesaat pun
saat itulah penyesalan datang
Ya Allah kerana kesibukanku dengan dunia
dan memenuhi hajat isteriku
aku lalai dengan perintahmu
aku lemparkan sunah-sunnah Rasul
dan begitu asyik makan minum
bersama anak isteriku
seperti haiwan….

Isteri dan anak-anak pun akan berkata;
wahai suamiku..
mana tanggungjawabmu?
kau tak pernah sirami hatiku dengan nur iman
tak isi buku catatanku

Bayangkanlah oleh mu

bagaimana jika seorang suami
yang hanya pandai mencari duit
apakah buku amalanmu akan brtambah…?

Jadi isteriku…
kepergianku melewati batas negeri
adalah untuk persiapan
pesta yang besar-besaran untuk kebaikan kita bersama

Ahli dunia
yang belum selesai tugasnya
akan gelisah
tak boleh tidur dan makan
Aku pun demikian
tak akan tenang
kerana belum sempurnakan iman
kamu dan anak-anak kita


Aku takut satu hari nanti
dimana bumi dibelah
dan isi dadanya dikeluarkan
sedang Allah swt berfirman; Iman kamu tak diterima….

Walaupun kita menunaikan haji
dan berjuta kebaikan
jika iman tak diterima
maka habislah segala galanya
kerana dalam hati ada selain dari Allah swt

Ketahuilah bahawa kematian adala h hari raya
bagi orang yang memiliki iman kamil
sedang bagi orang kafir
kematian adalah puasa selama lamanya

Aku tinggalkan kamu
untuk merubah kesedihan
dalam kematian menjadi hari raya yang meriah

Ingatlah…
maut adalah kenderaan
setiap insan menuju Allah swt

Pada saat itu
apa yg kita perlukan?

bukan harta atau kerajaan
tapi iman dan amal soleh
sedangkan untuk sempurnakan iman
adalah korban mujahadah
harta ,diri dan masa
pada jalan Allah swt

Percayalah
walaupun aku yang maju dihadapan musuh
tetapi kamu yang terlebih dahulu dibukakan pintu syurga
oleh Malaikat Ridwan a.s
kamu akan menunggu 500 tahun
berhias dihadapan cermin emas
dan menjadi ratu kepada 70,000 bidadari
dan malaikat..

Itulah sebabnya…
jangan tertipu dengan wanita dunia
apa pun yang mereka buat
tiada harga disisi Allah swt
jika iman tiada dalam hati..

Malik bin Dinar pernah berkata;
nilai wanita cntik didunia ini
tidak lebih dari biji kurma saja

Maafkan aku..
kerana tak pernah
membawamu ke salon dunia
kerana aku tak mahu kamu ditipu mereka

Baju yang kamu pakai pun
dari bahan yang murah
dan berwarna hitam
menutup wajah manismu

Tapi ketahuilah…
baju itu lebih baik
dari dunia dan seisinya
kerana itulah pakaian isteri seorang raja dunia dan akhirat
iaitu pakaian Ummul Mu’minin
isteri Rasulullah SAW

Jadi, jangan terpesona dengan pakaian ahli dunia
gelang yang mereka pakai
akan dipanaskan dan ditempel dipunggung mereka
gincu yg mereka pakai
akan menarik mulut mereka sampai ke perut
rambut yg didedahkan pada org
akan digantung dan dibakar api dibawahnya

Dan pada hari itu…
tiada lagi siulan yang mengagumi mereka….
mereka berteriak….
alangkah baiknya jika aku berhijab dahulu
aku terfitnah dan menyebar fitnah

Jangan kau tambah ilmumu tentang keduniaan
yang mnyebabkan kamu mencintainya

Aku bangga
jika orang bertanya kepadamu
dimanakah tempat shopping terhebat di sini?
sedangkan kau mengatakan kamu tidak tahu

Ketahuilah….
Sahabiyah r.ha tidak tahu jalan dikampung mereka sendiri
tetapi…
mereka tahu jalan-jalan menuju syurga
itulah sebabnya mereka telah hantar
anak-anak dan suami mereka ke syurga dengan jalan pintas

Teriakan mereka
menjadikan orang seperti Amru Bin Jamuh yang lumpuh
menjadi masyhur di langit
Isteri Amru berkata;
pergilah kamu bersama anak-anak
janganlah kamu menjadi pengecut..

Ketahuilah…
kerana wanita menyeru jihad
telah ramai lelaki menjadi raja di Syurga

Tuesday, 24 January 2012

ASBABUN NUZUL SURAH ALKAHFI

Surah al-Fill adalah surah yang ke-105 dalam al-quran dan tergolong dalam surah makiyyah..
Tentera bergajah yang disebutkan dalam surah ini adalah pimpinan Abrahah al-Asyram,seorang 
gabenor Yaman yang hendak menghancurkan Kaabah.


Peristiwa serangan angkatan tentera bergajah pimpinan Abrahah itu merupakan satu peristiwa yang
paling terkenal dikalangan orang arab. Oleh itu,tahun tersebut dinamakan sebagai Tahun Gajah.
Pada tahun itulah junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan..



kisah Abrahah yang derhaka
Abrahah al-Asyram ialah seorg gabenor kerajaan Habsyah yangmemerintah di negeri Yaman.
Pada zaman itu,negeri Yaman adalah bawah takluk kerajaan Habsyah.
Abrahah berasa hairan melihat orang arab terlalu mencintai Kaabah di Mekah. Mereka
akan mengunjungi Kaabah setiap tahun untuk beribadah (dalam upacara keagamaan jahiliah).
Abrahah yang beragama Nasrani cemburu melihat keadaan itu. Oleh itu dia telah membangunkan sebuah gereja yang tinggi,besar dan mewah di Sana'a,Habsyah. Gereja itu dinamakan al-Qullais.
Abrahah berharap agar orang arab akan mengunjungi al-Qullais dan meninggalkan Kaabah.


Namun cita-citanya tidak kesampaian kerana gereja al-Qullais tidak mendapat sambutan.
Bahkan orang arab marah apabila mengetahui bahawa gereja itu dibina utk menyaingi Kaabah.
Dalam pada itu,adabeberapa orang arab yang tidak berfikiran luas telah melempar gereja itu dgn najis manusia. Ketika berita itu sampai di telinga Abrahah,dia sangat marah dan bersumpah utk hancurkan Kaabah.
Lalu dia menyiapkan satu angkatan tentera yang terdiri drpd 12 ekor gajah & puluhan kuda sebagai kenderaan mereka.


Tentera Abrahah terus mara ke kota Mekah hingga sampai ke satu tempat di luar kota Mekah bernama
Mughammis. Disana mereka telah berkhemah & merampas harta penduduk kota Mekah.
Pada keesokan paginya tentera bergajah Abrahah bergerak mendekati kota Mekah. Namun apabila sampai di kaki bukit menuju ke kota Mekah, gajah2 itu tdk mahu bergerak sebaliknya semua gajah itu terus duduk.
Walau bagaimanapun,ketika ditarik utk menjauhi kota Mekah,gajah2 itu dgn cepat berdiri. Apabila ditarik semula kearah kota Mekah,tidak ada seekor gajah pon yang mahu bergerak. Dalam keadaan kelam kabut itu, ratusan burung Ababil datang dari arah laut. Setiap burung membawa tiga butir batu kecil di paruh dan kakinya. Batu2 itu dilemparkan tepat mengenai tentera Abrahah dan kesemua mereka hancur musnah...


Begitulah balasan yang dikenakan kpd sesiapa yang berani mencabar kemuliaan tanah suci Mekah dan 
tidak menyembah Allah Yang Maha Esa...

Wednesday, 11 January 2012

WANITA...



Ketika Allah menciptakan wanita,

Malaikat datang dan bertanya, "Mengapa begitu lama Tuhan?"

Tuhan menjawab, "Sudahkah kamu lihat semua prkara yang AKU ciptakan untuknya?"

Dua tangan harus boleh di bersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bhgian yang boleh di gerakan & berfungsi baik agar dapat mghasilkn berbagai jenis makanan...

Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya...

mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kemurungan...

Dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini...

Malaikat menjawab, "Hanya dengan dua tangan ini?"

"Tetapi...,Engkau membuatnya begitu halus & lembut"

"Ya..., AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum boleh bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia bisa mengatasi banyak hal luar biasa"

"Apakah dia boleh berfikir?" Tanya Malaikat

Tuhan menjawab, "Tidak hanya berfikir, dia juga mampu bernegosiasi dan mengutarakan pendapatnya"

Malaikat itu menyentuh dadanya,
"Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah & rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya"

"Itu bukan kerapuhan, itu air mata. AKU berikan padanya supaya dia bisa mengekspresikan kegembiraan, cinta, kesepian, penderitaan, dan rasa bangga"

"Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini sungguh menakjubkan"

"Ya....., Harus...!!! Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempesona laki-laki...

Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri...

Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit...

Mampu tertawa saat hatinya menangis...

Dia boleh berkorban demi orang yang di kasihinya...

Dia boleh melawan ketidak adilan...

Dia bersorak saat melihat kawannya bahagia...

Hatinya terluka saat melihat kesedihan...

Dia thu sebuah ciuman & pelukan dapat menyembuhkan luka...

CINTANYA TANPA SYARAT"

Malaikat sangat kagum, "Lalu apa kekurangannya?"

Tuhan menjawab, "Hanya satu hal....., Dia terkadang lupa betapa berharganya dia"

Thursday, 5 January 2012

SATU CINTA

Ku memohon dalam sujud ku pada MU
Ampunkan lah segala dosa dalam diri
Ku percaya engkau bisa meneguhkan
Pendirian ku, keimanan ku

Engkau satu cinta yang slamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan demi cinta ku kepada mu
Walau seribu rintangan kan menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini hanya pada Mu
Ku pasrahkan
Oh tuhan selamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh tuhan jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia
Engkau satu cinta yang selamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan demi cinta ku kepada mu
Walau seribu rintangan kan menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini hanya pada Mu
Ku pasrahkan

Wednesday, 4 January 2012

ILMU...



assalamualaikum =),,ana nk sentuh sikit soal ilmu,,
teringatlah akan sabda nabi Muhammad s.a.w..


"tuntutlah ilmu sehingga ke negeri china"..


walau tak sampai negara china pon,kita kene tuntut ilmu jugak..
mencari ilmu kan satu kewajipan bg setiap individu,,
semua perkara yang kita lakukan mestilah berdasarkan ilmu yang kita pelajari..
and then,,bila kita tuntut ilmu para malaikat akan melebarkan sayapnya kerana redha dengan apa yg dilakukan,
seperti sabda nabi Muhammad s.a.w:


"dan sesungguhnya para malaikat melebarkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu
kerana redha sekali dengan apa yang dilakukan oleh orang itu"


bukan setakat malaikat sahaja yang mendokan utk orang yang menuntut ilmu,malahan semua penghuni
di langit dan di bumi, tak lupa juga ikan2 dalam air pon turut sama mendoakan..


"sesungguhnya orang berilmu dipohonkan pengampunan untuknya oleh semua penghuni di langit & penghuni2 di bumi,bahkan ikan2 yg berada dalam air turut sama mendoakan"


nak tuntut ilmu tu pulak,carila ilmu yang hasanah,,bukan dholalah,,supaya dapat keberkatan atas ilmu yang
kita pelajari tu..
untuk student2 termasukla ana yang still masih stdy ni,,time lecturer tengah mengajar tu jangan la main2,jangan nak mengumpat pasal lecturer yer,,takut nanti tak berkat ilmu yang kita dapat tu..>.<


ciri-ciri ilmu yang benar:
~ilmu yang dapat memantapkan iman
~ilmu yang tidak membawa kepada kesesatan
~ilmu yang membentuk akhlak dan sifat terpuji
~ilmu yang membangunkan kehidupan manusia seperti ilmu perubatan,ICT dll
~ilmu yang boleh tingkatkan martabat ummat


"barang siapa yang berjalan untuk menuntut ilmu Allah,Allah akan memudahkan
untuknya jalan ke syurga"-(HR,Muslim)


sabda Rasulullah lagi..
"siapa yang keluar menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali"


means that,,menuntut ilmu pon satu jihad.. >.<...=)

Sunday, 1 January 2012

SELAMAT TAHUN BARU a.k.a 2012..

Assalamualaikum,,sudah berakhir 2011,,kini muncul pula 2012..
harap 2011 meninggalkan pengajaran kepada kita semua..
dan 2012,jadikanlah ia sebagai masa untuk kita memperbaiki diri 
agar menjadi seorang hamba yang lebih baik lagi..
dan juga membawa kita kepada dimensi yang lebih baik..
strive to get aljannah..


"selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat,
dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabt yang dicari"
(Sayidina Ali)


"Hendaklah kamu lebih memerhatikan bagaimana amalan itu diterima daripada banyak beramal,
kerana terlalu sedikit amalan yang disertai taqwa.Bagaimana amalan itu hendak doterima?.."
(Sayidina Ali)


"Ilmu itulebih baik daripada harta. Ilmu menjaga kamu tetapi kamu menjaga harta.
Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan,
tetapi ilmu bertambah apabila dibelanjakan"
(Sayidina Ali)


"Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
Sahabat sejati menjadi pendorong impian.
Sahabat berhati mulia membawa kita kejalan Allah.
Semulia-mulia manusia ialah yangmempunyai adab,
merendah diri ketika berkedudukan tinggi,
memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat"
(Khalifah Abdul Malik Marwan)


"Andai diumpamakan islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh,
maka aku akan berjalan ke seluruh pelosok tempat bagi mancari jiwa-jiwa muda.
Aku tetap ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka,
tetapi aku ingin hati-hati yang ikhlas untuk membantu bersamaku 
membina kembali bangunan usang itu menjadi bangunan tersergam indah"
(Imam Hassan Al-Banna)


"Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya,tumbuh ditepi jalan.
Dilempar buahnya dengan batu,tetapi tetap dibalas dengan buah"
(Sayidina Abu Bakar Al-Siddiq)