Friday, 30 December 2011
BERTUDUNG LABUH
Bertudung labuh; Hinalah!!, Herdiklah, Cacilah!!
Bertudung labuh; Hinalah!!, Herdiklah, Cacilah!!
Hinalah mereka..!,
Hinalah mereka yang bertudung labuh..!,
Hinalah mereka yang menutup aurat dengan sempurna,
Hinalah mereka Hamba Allah yang patuh!.
Hinalah mereka..!,
Bertudung labuh hipokrit..!,
Bertudung labuh hodoh..!,
Bertudung labuh ketinggalan zaman..!.
Herdiklah mereka..!,
Hanya kerana mereka tunduk patuh kepada suruhan Allah..!,
Sanggup mengenepikan nafsu yang membuak untuk memuaskan keinginan diri..!,
Untuk tidak mendedahkan mahkota berharga buat tatapan nafsu si teruna.
Cacilah mereka,
Kerap kali tuduhan fitnah terus dicurahkan..!,
Hanya kerana si dia bermaksiat, habis semuanya dikatakan sama..!.
Stereotapsi sana sini..!,
Teruskanlah!, mereka hanya ikhlas kerana Allah..!.
Mereka sanggup., sanggup berpanasan..
Dikala teriknya matahari,
Sanggup berpeluh hanya kerana kehadiran si dia bukan mahram..!.
Memikirkan Allah dan Rasul lebih dari segalanya..!.
Perlilah mereka..!,
Dikatakan berlebih-lebihan menunjuk ke’aliman..!,
Sedangkan mereka berusaha yang terbaik,
Tetapi dusta menjadi tafsiran!.
Satu demi satu tuduhan, hinaan, cacian saat mereka melangkah,
Mengumpat, memfitnah, mencela,
Dimanakah pergi erti kemanusiaan?
Atau lantangnya suara memekikan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar??..!,
Saat si dia melutut pada Allah, dikatakan lagak bagus!.
Dunia, dunia kini penuh dengan penipuan, kesombongan manusia..!.
Kata-kata manis terus diekpresikan seindah bunyi siulan burung,
Tetapi realitinya busuk dan kotor,
Prioritinya dunia bukannya si Dia.Hai mereka yang bertudung labuh,
Jagalah akhlak mu! jangan kerana engkau seorang habis punah mereka yang lain,
Janganlah engkau menganggap diri itu sempurna, luruskan niat mu!,
kerana Allah sayang pada mereka yang ikhlas dan taat pada SuruhanNya.
Hai mereka yang bertudung labuh..!
Islam itu datangnya asing..!,
Kembalinya pun asing..!,
Beruntunglah kau saat kau diasingkan..!,
kerana kelak kau akan diasingkan bersama Rasulullah didalam syurga..!
Hai yang bertudung labuh,
Janganlah bersedih..Janganlah berduka.
Tabahkan hati, kuatkan Iman tingkatkan taqwa
Biarkan berapa banyak sekalipun longgokan manusia merendahkan anda,
Kerana ingat, disisi Allah, andalah yang tinggi dan mulia..!.
Janji Allah itu pasti, dan dia Maha Menepati Janji....
CAHAYA DALAM KEGELAPAN SUBUH..
"Ya Allah,berikan cahaya pada hati,lidah,telinga dan mataku.Ya Allah berikanlah kami cahaya"
Doa ini telah dibaca sewaktu baginda keluar untuk solat subuh berjamaah..
Yang dimaksudkan dgn cahaya itu bukanlah yang berbentuk tenaga seperti yang kita fahami mengikut ilmu sains,tetapi cahaya itu bermaksud hidayah,taufiq serta pimpinan drpd Allah. Apabila sesorang mndapat cahaya pada hati dan seluruh pancainderanya,hidupnya akan sentiasa terpimpin kearah kebaikan dan terhindar drpd kejahatan.
Cahaya itu sgt diperlukan pada ahri akhirat kelak,iaitu ketika seluruh dan sepenuhnya bergelap apabila matahari,bulan,planet,dan seluruh cakerawala digulung. Dalam keadaan yang maha gawat itu,orang mukmin akan dibantu oleh cahaya daripada Allah untuk melepasi segala halangan dan akhirnya akan masuk ke dalam syurga. Sebaliknya orang yang derhaka telah menjerumuskan diri mereka ke dalam neraka.
Cahaya itu juga sangat kita perlukan ketika hidup didunia ini terutamanya pada zaman fitnah yang menyerupai kegelapan malam. Inilah zaman yang menyaksikan pengkhianat dan orang yanng melakukan maksiat menjadi dominan ditengah2 masyarakat.
Abu Hurairah r.a. berkata:
"aku mndengar Rasulullah s.a.w bersabda; 'umatku akan ditimpa penyakit2 yang yang menimpa umat2 terdahulu'. Sahabat bertanya: 'apakah penyakit2 umat terdahulu?', Rasulullah s.a.w menjawab; 'penyakit2 itu ialah terlalu banyak berseronok,terlalu bermewah,menghimpun harta sebanyak mungkin,tipu menipu dalam merebut harta benda dunia,saling memarahi, hasut menghasut sehingga terjadi zalim menzalimi.".(Riwayat Muslim).
Soalnya dimana dan bagaimana untuk mendapat cahaya itu? Rasulullah s.a.w telah menjawab persoalan ini menerusi sabdanya:
"Berilah khabar gembira bagi orang yang berjalan dalam kegelapan menuju masjid untuk mengerjakan solat Subuh dengan cahaya yang terang benderang pada hari kiamat." (Riawayat Abu Daud,al-Tarmizi,dan Ibnu Majah)
Individu yang konsisten mengerjakan solat Subuh berjemaah dijanjikan akan mendapat cahaya diakhirat. Namun,sebelum itu mereka akan mendapatcahaya didunia lagi. Mata hati mereka akan celik ketika majoriti manusia buta untuk melihat kebenaran. Mereka berani melawan arus walaupun bilangan mereka sedikit kerana yakin akan firman Allah ini:
"Dan jika kamu mentaati kebanyakan manusia dibumi ini nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah".(surah al-An'am;116).
Dengan cahaya daripada Allah itu,golongan minoriti yang istiqamah solat Subuh berjemaah ini akan mendapat kekuatan menghadapi fitnah akhir zaman. Semua itu akan melemaskan jiwa,fikiran dan emosi ke lembah tekanan,kebosanan dan kekosongan.
Ayuh bangun!!.. Marilah solat Subuh berjemaah..Solat itu lebih baik daripada tidur.Itulah kalimah yang hanya ada pada azan solat Subuh,tidak ada pada azan solat2 yang lain..
Thursday, 22 December 2011
CINTA BARAKAH
Fitrah yang dipelihara kesuciannya akan berbuah barakah. Barakah itu mungkin di dunia,mungkin juga diakhirat. Lebih indah jika barakah itu pada kedua-duanya sekali,di dunia dan di akhirat.
Orang yang mempersiapkan diri dengan peribadi muslim insyaALLAH akan dianugerahkan
bait al-muslim (rumah tangga muslim).
Orang yang berusaha menjadi soleh,insyaALLAH akan dimudahkan ALLAH mendapatkan orang yang solehah.
Cinta yang barakah akan terus bersemarak indah dalam ikatan nikah. Ia melengkapkan separuh agama.
Namun andai tiada jodoh di dunia,cinta fitrah yang terpelihara akan terus mendapat barakah dengan meneguk lazatnya "reda" pada ketentuan-NYA.
Perkahwinan bukan matlamat cinta.Ia cuma alat untuk lebih mudah mendapat cinta-NYA.
Sama ada cinta fitrah itu dianugerahkan perkahwinan ayau tidak,ia tidak dapat menghalang seseorang untuk mendapatkan cinta ALLAH. DIAlah sebenar benarnya hakikat cinta!!...
Sunday, 18 December 2011
Bolehkah WANITA & LELAKI bersahabat???...
pic ni just cartoon je...hehe
Sahabat dan kawan pada pengertian umum ada sedikit perbezaan..
Kawan @rakan @ kenalan,sifatnya tidak terlalu rapat. Tapi,istilah "sahabat" menampakkan keakraban dan mungkin juga kemesraan.
Tak mengapa,itu isu istilah,
Kaedah fiqh menyebut "hukum dikara kepada apa yang dinamakan,bukannya pada nama". Maknanya kalau arak ditukar nama menjadi milo sekalipun,hukumnya tetap haram.
Begitu juga bab bersahabat @ berkawan dengan berlainan jantina.
Senang cerita,mari kita fahami prinsip asas yang digariskan dalam islam:
*~ Lelaki & wanita berbeza ciptaannya. Bersentuh tangan @ duduk dekat2 sesama jantina, tidak sama dengan bersentuh tangan @duduk rapat2 dengan berlainan jantina. Ada 'cas' tertentu yang akan mengalir. Oleh itu,islam sama sekali mengharamkan bersentuhan,berpegangan,bertepuk suka ria dan yang sewaktu dengannya oleh manusia yang berbeza jantina kecuali setelah mereka berkahwin.
*~ Bersahabat mesti ada tujuan. Dan tujuan yang dibenarkan dalam islam adalah dengan tujuan yang membawa kepada kebaikan dan ketaqwaan.
"dan hendaklah kamu sekalian bertolong-tolong dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan
,dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam perkara maksiat dan permusuhan"
(surah al-Maidah)
So,kalau bersahabat atas dasar taqwa dan kebaikan,caranta juga mestilah ada ciri2 orang bertaqwa dan membawa kepada kebaikan. Orang bertaqwa tidak akan saja2 bergaul dengan yang bukan mahramnya. Dia pasti akan memelihara adab dan sahsiahnya. Begitu juga,tujuan yang sama2 diusahakan juga tetntulah yang menuju kepada ALLAH,seumpama dalam satu team dakwah,program untuk masyarakat dan sebagainya.
*~Batasan sesama bukan mahram. Atas nama apa sekalipun,jika hakikatnya mereka bukan mahram,maka hukumnya tatap haram jika batasan pergaulan dilanggar. Bermakna,walaupun kita ada sahabat berlainan jantina, tidak bermakna mereka boleh sampai ke tahap saudara kandung kita. Prinsipnya tetap sama. Justeru,selagi batas perhubungan sesama bukan mahram tidak dilanggar,maka persahabatan itu tidak salah.
Dengan ini,kita boleh menentukan bolehkahwanita & lelaki bersahabat..

Saturday, 17 December 2011
AURAT
Ingat lagi peristiwa Isra' dan Mikraj??
dimana nabi Muhammad s.a.w melihat ramai kaum wanita dineraka,maka ramai di kalangan muslimah kita merasa risau serta bimbang. Bimbang dengan keadaan kaum mereka yang dinyatakan penghuni neraka.Dengan itu,mereka berusaha menjaga diri mereka sewaktu di dunia dari segala aspek, supaya kelak mereka terselamat dari menjadi salah sseorang penghuni neraka.
Dan inilah dinamakan taqwa,rasa takut dan bimbang dengan tempat tinggal kita apabila telah pergi tak kembali.
Oleh itu,muslimah2 perlu berusaha meningkatkan 'sistem kawalan' ke atas diri mereka yang mungkin kadang2 terlepas pandang.
Aspek utama yang ingin sy highlightkan disini ialah berkenaan dengan cara pemakaian muslimah pada mase kini. Mungkin perkara ini sering difokuskan kepada kaum wanita yang tidak 'berbaju penuh' @ kaum wanita yang terlampau kaya sehingga mnjadi 'miskin' lalu membeli pakaian yang yang berlubang disana sini jika dipakai.
Muslimah yang benar2 mahu selamat dari neraka Allah ialah muslimah yg selalu mengambil berat tentang aspek kawalan diri mereka. Muslimah2 ini,pakaiannya alhamdulillah menutup aurat.
Tidak dinafikan,jika mengikut tafsiran ramai manusia,pakaian yg ketat @ longgar tetapi nipis sudah dikira menutup aurat asalkan membalut tubuh. Adapun mengikut tafsiran syarak,itu belum dikira menutup aurat dengan sempurna.
Kita perlu sedar bukan semua orang beriltizam dengan pakaian muslimah seperti jubah,tudung labuh,baju kurung,tudung menutupi dada dan sebagainya itu adalah orang yang berasal ataupun mendalami jurusan agama,pendek kata mereka bukan ustazah, Begitu juga,bukan semua ustazah atau jurusan agama itu pakaiannya itu betul2 mengikut syarak.
Muslimah yang sifatnya mahukan syurga ALLAH dan menggeruni neraka ALLAH adalah yang menjaga auratnya. Niat yang baik perlu dikembarkan dengan ilmu yang benar. Memakai pakaian muslimah perlulah berilmu,barulah terbeza ciri2 jahiliah pada sesuatu pakaian. Kita risau,jika kita menyangka pakaian yang dipakai sudah menepati syarak,tetapai hakikatnya telah bercampur dengan ciri jahiliah.
Justeru,kekurangan ilmu menjadi salah satu punca utama fenomena tersebut. Ia perlu diatasi dengan mencari ilmu tersebut. Belajarlah dari guru meskipun tidak mampu menghadam setiap nas @ dalil.
ingat lagi ayat ini?.
"dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman,agar mereka menjaga pandangannya,dan memelihara kemaluannya,dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya).kecuali yang (biasa) dilihat...."
(an-Nur;31)
Wednesday, 14 December 2011
CANTIK...
Memang betul semua lelaki mahukan pasangan yang cantik. Tetapi benarkah cantik itu yang akan mereka nilaikan apabila bergelanggang di pentas rumahtangga nanti? Jom kita cuba merungkai citarasa dan nilaian kaum lelaki terhadap kecantikan.
Semua orang tahu bahawa kecantikan itu satu nilai yang tinggi. Seorang yang mahu memilih perhiasan rumah, pasti akan dicari yang cantik. Pakaian juga begitu,nilainya pada cantik. Makin cantik, makin tinggi harganya.
Dalam bab memilih pasangan, cantik memang dianggap sebagai nilai utama. Bahkan terdapat amalan dalam sesetengah masyarakat, semakin cantik si gadis maka semakin tinggi harga mahar dan hantarannya.
Tetapi awas.
Cantik pada nilaian seorang lelaki akan terus berubah apabila memasuki dunia perkahwinan. Dunia yang kerapkali menjadikan si cantik tidak menang dengan hanya bermodalkan cantik. Kerana itu perlu difahami dengan jelas, bahawa perkahwinan itu bukan hanya cerita dalam bilik tidur.
Bukan hanya pada kemanjaan, lemah gemalai, ketawa mengusik, berwangi-wangian, bersolek, berdandan dan sebagainya. Perkahwinan adalah suatu ranjau yang luas. Tidak mungkin ditempuh dengan seronok-seronok sahaja.
Maka si cantik yang hanya bermodalkan cantik, bakal tersepit apabila semakin lama menjadi ahli kepada dunia rumahtangga.
Kalau sebelum berkahwin, rengekan manjanya sudah cukup menjadikan si lelaki mengalah, selepas berkahwin mungkin tidak lagi. Kalau sebelum berkahwin, berlagak comel itu dilihat sebagai comel, selepas berkahwin ia mungkin lebih ditafsirkan sebagai mengada-ngada.
Jangan salah faham. Ia sama sekali bukan disebabkan oleh faktor bosan, jemu dan yang sewaktu dengannya.
Ia soal praktikal. Soal realiti. Soal tindakan, bukan teori.
Selepas berkahwin, cantik pada nilaian seorang lelaki bukan pada kecantikan fizikal atau luaran seorang isteri. Anda berdandanlah sehebat mana sekalipun, jika anda gagal menyelami perasaan sang suami, pada dia anda tiada erti.
Semburlah perfume sebanyak mana sekalipun ke tubuh anda, jika anda tidak pandai mengurus atur rumah dan memastikan rumah anda kemas, bersih dan tersusun setiap masa, maka pada suami, anda seolah tiada erti.
Kerana apa?
Kerana mereka menganggap isteri mereka sebagai teman, kawan dan orang yang sama-sama berperanan. Bukan model. Bukan ratu. Bukan permaisuri.
Tetapi anda mungkin beruntung jika takdirnya anda bersuamikan lelaki yang tahap sabarnya luar biasa. Mungkin pada satu tilikan, ia kelihatan seperti ‘kesabaran’ yang luar biasa. Tetapi pada tilikan yang lain, dia sebenarnya mungkin malas melayan sikap negatif anda, atau sentiasa mengalah walaupun tidak suka dengan perangai anda. Mungkin untuk jangka masa pendek, ia kelihatan ok. Tetapi untuk jangka masa panjang, perlu juga disedari bahawa pasangan anda itu manusia dan bukannya malaikat

Tuesday, 13 December 2011
MATANG
Percayalah seorang suami memang mahukan wanita yang cantik sebagai pasangan.
Tetapi,hakikatnya dia LEBIH perlukan wanita yang matang sebagai teman.
Maka pokoknya disini bukanlah pada anda itu cantik atau tidak cantik.
Apa yang lebih utama adalah pembentukan diri,sifat dan sikap anda sebelum menuju ke alam rumahtangga.
Buanglah sifat negatif yang ada dalam diri anda dan berusahalah membentuk kematangan dalam diri.
Cuba belajar bertolak ansur dengan housemate anda,kerana itu suatu latihan untuk anda bertolak ansur dengan pasangan anda kelak.Cuba belajar mengurus diri dengan teratur dan mengurus rumah atau bilik anda dengan konsisten,kerana itu juga suatu latihan untuk melengkapi kebahagiaan pada suatu hari nanti.
Belajar dan terus belajar.Jangan selesa dengan kecantikan dan paras rupa,sehingga anda bodoh sombong untuk belajar dan terus ego untuk berubah.Kelak,anda sukar untuk mengecapi kebahagiaan.
Justeru,saya ingin mengajak anda yang mungkin berada dalam situasi di atas,atau mengenali rakan2 yang sedang berada dalam situasi ini,supaya sama2 kita sedar.Lebih2 lagi wanita,kebersihan diri dan tempat tinggal sebelum berkahwin perlu dititikberatkan.
Ingat,anda akan beralih kepada sebuah kehidupan yang sungguh praktikal,bukan teori yang mengasyikkan!.
wanita hiasan dunia
seindah hiasan adalah wanita solehah
yang akan membahagiakan
syurga dalam rumahtangga

Thursday, 8 December 2011
COUPLE,,OK KE??
Tidak dinafikan,memang ada orang yang bercouple, akhirnya sampai ke jinjang pelamin. Siap kekal ke anak cucu.
Ada pula yang menganggap couple itu sebagai satu keunikan dalam bercinta. Itu mereka namakan sebagai variasi. Ada masa keluar makan bersama, berpimpinan di taman bunga, juga ada ketika meluangkan masa untuk ke pawagam menonton filem.

Itu pada mereka pelangi dan warna warni dalam percintaan. Ia membawa kepada keakraban hati dan lebih mengenali.
Kalau berjauhan pula, medium2 seperti facebook, skype dan ‘coling2′ boleh dimanfaatkan sebaiknya. Bukankah itu satu keindahan dalam perhubungan, sepertimana yang sering kita saksikan dalam filem2?.Keasyikan cinta ini benar2 menjadikan dunia ini aku yang punya.
..
Tunggu dulu.
Bercouple memang seronok, itu tidak dinafikan. Mencegah orang daripada couple pula sesuatu yang sangat tidak seronok, bahkan makin membuatkan diri dibenci, itu pun tidak dinafikan jgk.Baik, kita cari kebenaran..

Dalam Al-Quran mahupun Sunnah, dalam 114 surah mahupun dalam Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Nasai, Ibn Majah, Tirmizi dan segala kitab hadis yang ada, langsung tidak dijumpai dalil yang membolehkan :
1- berhubungan antara lelaki dan perempuan selain pada perkara yang harus
2- berpegangan tangan atau berdating
3- bergayut , bergurau senda, bernada manja , usik mengusik dan berterbangan di pelangi bersama2
4- melazimi perkara2 / perbuatan2 yang membawa kepada mukaddimah zina

Kesemua di atas, yang terkandung dalam maksud ‘couple’ tidak ada nas yang membolehkannya , baik dari Al-Quran mahupun Sunnah.
Bahkan satu ayat di dalam Surah An Nur :
Firman Allah ta’ala : ” Katakanlah kepada lelaki2 yang beriman supaya menahan ( menundukkan ) pandangan mereka dan menjaga kemaluan ( kehormatan ) mereka..”
Firman Allah ta’ala : ” Katakanlah kepada perempuan2 yang beriman supaya menahan ( menundukkan ) pandangan mereka dan menjaga kemaluan ( kehormatan ) mereka..”
Firman Allah ta’ala :
” Dan janganlah kamu merendahkan ( memanjakan ) suara kamu ketika bercakap , kerana dikhuatiri akan timbul keinginan ( nafsu ) pada orang2 yang berpenyakit dalam hati mereka ..”
Walaupun tak mampu baca kitab arab, tetapi tafsir Al-Quran terjemahan dalam bahasa melayu berlambak dekat kedai. Bila baca dan perhati ayat2 Allah di atas, nampak macam terkena batang hidung sendiri pula.
Lelaki yang beriman? Akulah itu.
Perempuan yang beriman ? Akulah itu.
Merendah suara? Manja2 masa bercakap ngan boyfriend? Mengusik2 girlfriend? Akulah itu. Yelah, adat bercinta mestilah nak manja2. Tapi Allah larang ….
Tak menjaga kehormatan? Nafsu? Hm, Akulah itu. Yelah, ada masanya keluar pegang2 tangan, duduk rapat2. Ini pun Allah larang..
Sudahkah kita temui kebenaran tersebut?
Apabila kita buang rasa jengkel kita pada orang2 yang selalu menegur atau mengkritik kita kerana bercouple, dan kita letakkan hal tersebut antara kita dan Allah, comfirm kita akan bertemu dengan persoalan2 di atas. Betul atau tidak, ada di kalangan yang asyik bercouple akan berkata begini :
” Ah, ini urusan aku dengan Tuhan. Kalau aku berdosa, itu aku dengan Tuhan. Kau sibuk apa? ”
Anggaplah kata2 ini POSITIF, walaupun sesetengah orang menganggap macam negatif. Lebih2 lagi pada orang yang ikhlas tegur kawan dia supaya jangan bercouple, tetapi tiba2 dimarah sebegitu.
Kenapa kata positif?
Sebabnya, mereka2 ini masih sedar hakikat keterikatan diri mereka dengan Tuhan. Masih rasa bertuhan. Tinggal lagi, mereka tidak faham kenapa tidak boleh dan kenapa Tuhan larang. Tetapi kalau mereka benar2 menggunakan akal dan hati mereka untuk mencari kebenaran, seperti contoh di atas, mereka pasti akan berhenti dan berusaha menghindari, kerana mereka tahu itu Tuhan yang cakap, bukan kawan.Hidayah milik Allah..
Cuma masalahnya adalah sesetengah orang yang mengungkapkan kata2 di atas, mengaku itu urusan mereka dengan Tuhan, tetapi tidak pernah cuba untuk ‘menyelesaikan’ hal tersebut dengan Tuhan. Kalau menyampah dengan teguran manusia, pergilah kepada Tuhan. Buka Al-Quran , baca terjemahan , contohnya ayat2 di atas. Kalau dah jelas lagi terang bahawa itu larangan Tuhan , kenapa masih melakukan larangan Tuhan..?
Kecuali kalau anda sanggup menjawab begini : ” Ah, itu urusan aku sendiri. Kau dengan Tuhan peduli apa? “Anda sanggup..?
"Saya Couple , Saya OK"
Kebiasaannya, hujah ini keluar dari mulut dua golongan. Pertama, golongan yang bukan belajar agama. Tetapi mereka berminda intelektual. Masing2 ada pasangan, ada masa berdating dan ada masa fokus bekerja atau belajar. Kehidupan mereka jauh dari anasir2 tidak sihat seperti hubungan seks bebas dan sebagainya.
Kedua, golongan yang belajar agama. Berminda agamawan. Berjiwa islamik. Pandai mengarang ayat2 tazkirah dan mutiara kata hikmah. Mereka mempunyai pasangan masing2, ada masa bergayut di telefon, ada masa ber’sms’ , ada masa mengirim hadiah harijadi, ada masa saling kejut untuk bangun Qiamullail, dan ada masa mereka benar2 fokus pada pelajaran dan kerja agama.
Kedua2 golongan ini adalah golongan yang paling suka menyatakan : Saya couple, tapi saya OK.
Persoalannya..benarkah couple itu OK?
Saturday, 3 December 2011
maksud dalam nama
I = ikhlas
L = lemah lembut
A = amanah
S = suci
Y = yakin
A = alim
H = harum
I = idealistik
R = ramah
A = abadi
H = harum
-----------------------------------------------
N = naif
U = untung
R = ramah
S = suci
Y = yakin
A = amanah
H = harum
I = ikhlas
R = realistik

Friday, 2 December 2011
SETANGGI KALBU HARRAZ..
"Mengisahkan pelajar SMKA Maahad Hamidiah,Kajang,Ahmad Harraz Maulawi yg mempunyai keistimewaan tersendiri iaitu aura suara yg menyihir sesiapa yang mndengarnya. Bersama rakan-rakannya melakar kejayaan demi kejayaan menyemarakkan nasyid.
Ujian Maha Hebat malanda.Antara impian dan hasrat.Orang tersayang berada di ambang perjalanan abadi.Harraz terus meminta ihsan Illahi.Dengan izin ALLAH,rayuannya diterima.Lalu dia mengerti nikmat kehidupan di muka bumi ALLAH. menjadikan tautan mahabbah dengan org yg tersayang lebih erat,lebih bermakna.Fitrah seorang insan.Kalbunya berhak menyukai dan disukai.Tetapi semuanya mesti bersandarkan syariat ALLAH dan nawaitu ikhlas"
Ya ALLAH,,aku jumpa lagi..
Nice 2 meet u
katakanlh kpd lelaki yg beriman,:
"hendaklah mereka menahan pandangannya,dan memelihara pandangannya,
dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka,
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka buat"
(an Nur;30)
katakanlah kepada wanita yg beriman,:
"hendaklah mereka menahan pandangannya,dan memelihara kemaluannya,dan
janganlah mereka menampakkan perhiasannya,kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.
Dan hendaklah mereka menutupkn kain kudung ke dadanya,dan janganlah menampakkan perhiasannya,
kecuali kepada suami mereka,atau ayah mereka,atau ayah suami mereka,atau putera2 mereka,atau putera2 suami mereka,atau saudara2 lelaki mereka,,atau putera2 saudara lelaki mereka,atau putera2 saudara perempuan mereka,atau wanita2 islam,atau budak2 yg mereka miliki,atau pelayan2 lelaki yg tdk mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak2 yg belum mengerti ttg aurat wanita.Dan janganlah mereka memukulkan kainya agar diketahui perhiasan yg mereka sembunyikan.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,hai org2 yg beriman supaya kamu beruntung"
(an Nur;31)
doaku pada-MU..
Allah Rabbi,aku minta izin
bila suatu saat aku jatuh cinta
jangan biarkan cintaku untuk-MU berkurang
hingga membuatkanku lalai akan adanya Engkau
Allahu Rabbi,aku punya pinta
bila suatu saat aku jatuh cinta
penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-MU yang tidak terbatas
biar rasaku pada-MU tetap utuh
Allah Rabbi
izinkan bila suatu saat aku jatuh cinta
pertemukanlah kami
berikanlah kami kesempatan untuk mendekati cinta-MU
Allah Rabbi
pintaku yang terakhir adalah
seandainya ku jatuh hati
jangan pernah KAU palingkan wajah-MU dariku
anugerahkanlah aku cinta-MU
cinta yang tak pernah pupus oleh waktu..
~seindah mawar berduri~
prophet MUHAMMAD S.A.W. has said;
"if I were to bestow all the good
of both worlds upon a Muslim person,
I would endow him with a humble heart,
a tongue which continuously utters his praises
a body patient enough to withstand all calamities,
and I would give him a pious spouse who,
when she sees him ,becomes happy,
and protects his property
and her own honour in his absence"
i LOVE ALLAH!!!!!,,,SUBHANALLAH,,
Ya ALLAH,,knp semua ini bleh terjadi
tika aku belum bersedia untuk melaluinya,
knapa harus aku melalui saat-saat seperti ini,,
Ya ALLAH,jauhilah aku dari pandangannya,
Ya ALLAH jika dia benar untukku
KAU dekatkanlah hatinya dengan hatiku
jika dia bukan milikku
KAU jauhkanlah aku dengannya
damaikanlah hatiku dengan ketentuanMU..
"dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain ALLAH;mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai ALLAH.Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada ALLAH.Dan seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa(pada hari kiamat),bahawa kekuatan itu kepunyaan ALLAH semuanya dan bahawa ALLAH amat berat siksaanNYA(nescaya mereka akan menyesal).."
{surah al-baqarah;165}
{surah al-baqarah;165}
DICIPTA BERPASANGAN...
padanya terhimpun keberkatan yang ditunjangi
rasa kehambaan kerana Dia
menjadikan setiap insan itu berpasangan
ALLAH S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"diantara tanda2 kekuasaanNYA ialah DIA menciptakan pasangan (jodoh) bagi kamu daripada (makhluk)
jenis kamu sendiri,agar kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram kepadanya,dan dijadikanNYA diantaramu rasa kasih dan sayang"
(surah ar Rum;21)
SALAM EIDULADHA
momentum pengorbanan paling besar
dalam sejarah ketamadunan manusia,
tadhiyyah paling hebat yg dilakukan Nabi Ibrahim
wajar dihayati bagi ummat yang punya aqal,
sedarkah bahawa darah dan air mata melalui pengorbanan
bisa membentuk generasi alfalah menguasai dunia,
pengorbanan menjadi harga mati bagi sebuah perjuangan,
setiap kemenangan dan kejayaan selalunya diawali dengan bingkisan pengorbanan,
semoga kisah pengorbanan tidak terhenti pada hari ini malah menjadi ruh dalam jasad,
sebati dalam diri sepanjang masa
Saturday, 19 November 2011
beza CINTA dan SUKA..
Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di hadapan orang yang kita suka, hati kita kan gembira.
Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin saja.
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Tapi jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.
Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita kan tunjukkan imej diri kita yang sebenar.
Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, kita akan bebas berkata apa saja.
Kita tidak akan merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita akan selalu merenung mata orang yang kita suka.
Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Tapi bila orang yang kita suka menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.
Perasaan cinta bermula dari mata.
Perasaan suka pula bermula dari telinga.
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka umpama kita membuang telinga kita.
Tapi jika kita cuba menutup mata cinta berbuah menjadi air mata.
~seindah mawar berduri~
Subscribe to:
Comments (Atom)