Saturday, 17 December 2011

AURAT



Ingat lagi peristiwa Isra' dan Mikraj??
dimana nabi Muhammad s.a.w melihat ramai kaum wanita dineraka,maka ramai di kalangan muslimah kita merasa risau serta bimbang. Bimbang dengan keadaan kaum mereka yang dinyatakan penghuni neraka.Dengan itu,mereka berusaha menjaga diri mereka sewaktu di dunia dari segala aspek, supaya kelak mereka terselamat dari menjadi salah sseorang penghuni neraka.


Dan inilah dinamakan taqwa,rasa takut dan bimbang dengan tempat tinggal kita apabila telah pergi tak kembali.


Oleh itu,muslimah2 perlu berusaha meningkatkan 'sistem kawalan' ke atas diri mereka yang mungkin kadang2 terlepas pandang.


Aspek utama yang ingin sy highlightkan disini ialah berkenaan dengan cara pemakaian muslimah pada mase kini. Mungkin perkara ini sering difokuskan kepada kaum wanita yang tidak 'berbaju penuh' @ kaum wanita yang terlampau kaya sehingga mnjadi 'miskin' lalu membeli pakaian yang yang berlubang disana sini jika dipakai.


Muslimah yang benar2 mahu selamat dari neraka Allah ialah muslimah yg selalu mengambil berat tentang aspek kawalan diri mereka. Muslimah2 ini,pakaiannya alhamdulillah menutup aurat.
Tidak dinafikan,jika mengikut tafsiran ramai manusia,pakaian yg ketat @ longgar tetapi nipis sudah dikira menutup aurat asalkan membalut tubuh. Adapun mengikut tafsiran syarak,itu belum dikira menutup aurat dengan sempurna.


Kita perlu sedar bukan semua orang beriltizam dengan pakaian muslimah seperti jubah,tudung labuh,baju kurung,tudung menutupi dada dan sebagainya itu adalah orang yang berasal ataupun mendalami jurusan agama,pendek kata mereka bukan ustazah, Begitu juga,bukan semua ustazah atau jurusan agama itu pakaiannya itu betul2 mengikut syarak.


Muslimah yang sifatnya mahukan syurga ALLAH dan menggeruni neraka ALLAH adalah yang menjaga auratnya. Niat yang baik perlu dikembarkan dengan ilmu yang benar. Memakai pakaian muslimah perlulah berilmu,barulah terbeza ciri2 jahiliah pada sesuatu pakaian. Kita risau,jika kita menyangka pakaian yang dipakai sudah menepati syarak,tetapai hakikatnya telah bercampur dengan ciri jahiliah.


Justeru,kekurangan ilmu menjadi salah satu punca utama fenomena tersebut. Ia perlu diatasi dengan mencari ilmu tersebut. Belajarlah dari guru meskipun tidak mampu menghadam setiap nas @ dalil.


ingat lagi ayat ini?.
"dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman,agar mereka menjaga pandangannya,dan memelihara kemaluannya,dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya).kecuali yang (biasa) dilihat...."
(an-Nur;31)

No comments:

Post a Comment