"Ya Allah,berikan cahaya pada hati,lidah,telinga dan mataku.Ya Allah berikanlah kami cahaya"
Doa ini telah dibaca sewaktu baginda keluar untuk solat subuh berjamaah..
Yang dimaksudkan dgn cahaya itu bukanlah yang berbentuk tenaga seperti yang kita fahami mengikut ilmu sains,tetapi cahaya itu bermaksud hidayah,taufiq serta pimpinan drpd Allah. Apabila sesorang mndapat cahaya pada hati dan seluruh pancainderanya,hidupnya akan sentiasa terpimpin kearah kebaikan dan terhindar drpd kejahatan.
Cahaya itu sgt diperlukan pada ahri akhirat kelak,iaitu ketika seluruh dan sepenuhnya bergelap apabila matahari,bulan,planet,dan seluruh cakerawala digulung. Dalam keadaan yang maha gawat itu,orang mukmin akan dibantu oleh cahaya daripada Allah untuk melepasi segala halangan dan akhirnya akan masuk ke dalam syurga. Sebaliknya orang yang derhaka telah menjerumuskan diri mereka ke dalam neraka.
Cahaya itu juga sangat kita perlukan ketika hidup didunia ini terutamanya pada zaman fitnah yang menyerupai kegelapan malam. Inilah zaman yang menyaksikan pengkhianat dan orang yanng melakukan maksiat menjadi dominan ditengah2 masyarakat.
Abu Hurairah r.a. berkata:
"aku mndengar Rasulullah s.a.w bersabda; 'umatku akan ditimpa penyakit2 yang yang menimpa umat2 terdahulu'. Sahabat bertanya: 'apakah penyakit2 umat terdahulu?', Rasulullah s.a.w menjawab; 'penyakit2 itu ialah terlalu banyak berseronok,terlalu bermewah,menghimpun harta sebanyak mungkin,tipu menipu dalam merebut harta benda dunia,saling memarahi, hasut menghasut sehingga terjadi zalim menzalimi.".(Riwayat Muslim).
Soalnya dimana dan bagaimana untuk mendapat cahaya itu? Rasulullah s.a.w telah menjawab persoalan ini menerusi sabdanya:
"Berilah khabar gembira bagi orang yang berjalan dalam kegelapan menuju masjid untuk mengerjakan solat Subuh dengan cahaya yang terang benderang pada hari kiamat." (Riawayat Abu Daud,al-Tarmizi,dan Ibnu Majah)
Individu yang konsisten mengerjakan solat Subuh berjemaah dijanjikan akan mendapat cahaya diakhirat. Namun,sebelum itu mereka akan mendapatcahaya didunia lagi. Mata hati mereka akan celik ketika majoriti manusia buta untuk melihat kebenaran. Mereka berani melawan arus walaupun bilangan mereka sedikit kerana yakin akan firman Allah ini:
"Dan jika kamu mentaati kebanyakan manusia dibumi ini nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah".(surah al-An'am;116).
Dengan cahaya daripada Allah itu,golongan minoriti yang istiqamah solat Subuh berjemaah ini akan mendapat kekuatan menghadapi fitnah akhir zaman. Semua itu akan melemaskan jiwa,fikiran dan emosi ke lembah tekanan,kebosanan dan kekosongan.
Ayuh bangun!!.. Marilah solat Subuh berjemaah..Solat itu lebih baik daripada tidur.Itulah kalimah yang hanya ada pada azan solat Subuh,tidak ada pada azan solat2 yang lain..


No comments:
Post a Comment