Tuesday, 13 December 2011

MATANG

Percayalah seorang suami memang mahukan wanita yang cantik sebagai pasangan.
Tetapi,hakikatnya dia LEBIH perlukan wanita yang matang sebagai teman.


Maka pokoknya disini bukanlah pada anda itu cantik atau tidak cantik.
Apa yang lebih utama adalah pembentukan diri,sifat dan sikap anda sebelum menuju ke alam rumahtangga.
Buanglah sifat negatif yang ada dalam diri anda dan berusahalah membentuk kematangan dalam diri.


Cuba belajar bertolak ansur dengan housemate anda,kerana itu suatu latihan untuk anda bertolak ansur dengan pasangan anda kelak.Cuba belajar mengurus diri dengan teratur dan mengurus rumah atau bilik anda dengan konsisten,kerana itu juga suatu latihan untuk melengkapi kebahagiaan pada suatu hari nanti.


Belajar dan terus belajar.Jangan selesa dengan kecantikan dan paras rupa,sehingga anda bodoh sombong untuk belajar dan terus ego untuk berubah.Kelak,anda sukar untuk mengecapi kebahagiaan.


Justeru,saya ingin mengajak anda yang mungkin berada dalam situasi di atas,atau mengenali rakan2 yang sedang berada dalam situasi ini,supaya sama2 kita sedar.Lebih2 lagi wanita,kebersihan diri dan tempat tinggal sebelum berkahwin perlu dititikberatkan.


Ingat,anda akan beralih kepada sebuah kehidupan yang sungguh praktikal,bukan teori yang mengasyikkan!.


wanita hiasan dunia
seindah hiasan adalah wanita solehah
yang akan membahagiakan
syurga dalam rumahtangga 

No comments:

Post a Comment