Tentera bergajah yang disebutkan dalam surah ini adalah pimpinan Abrahah al-Asyram,seorang
gabenor Yaman yang hendak menghancurkan Kaabah.
Peristiwa serangan angkatan tentera bergajah pimpinan Abrahah itu merupakan satu peristiwa yang
paling terkenal dikalangan orang arab. Oleh itu,tahun tersebut dinamakan sebagai Tahun Gajah.
Pada tahun itulah junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan..
kisah Abrahah yang derhaka
Abrahah al-Asyram ialah seorg gabenor kerajaan Habsyah yangmemerintah di negeri Yaman.
Pada zaman itu,negeri Yaman adalah bawah takluk kerajaan Habsyah.
Abrahah berasa hairan melihat orang arab terlalu mencintai Kaabah di Mekah. Mereka
akan mengunjungi Kaabah setiap tahun untuk beribadah (dalam upacara keagamaan jahiliah).
Abrahah yang beragama Nasrani cemburu melihat keadaan itu. Oleh itu dia telah membangunkan sebuah gereja yang tinggi,besar dan mewah di Sana'a,Habsyah. Gereja itu dinamakan al-Qullais.
Abrahah berharap agar orang arab akan mengunjungi al-Qullais dan meninggalkan Kaabah.
Namun cita-citanya tidak kesampaian kerana gereja al-Qullais tidak mendapat sambutan.
Bahkan orang arab marah apabila mengetahui bahawa gereja itu dibina utk menyaingi Kaabah.
Dalam pada itu,adabeberapa orang arab yang tidak berfikiran luas telah melempar gereja itu dgn najis manusia. Ketika berita itu sampai di telinga Abrahah,dia sangat marah dan bersumpah utk hancurkan Kaabah.
Lalu dia menyiapkan satu angkatan tentera yang terdiri drpd 12 ekor gajah & puluhan kuda sebagai kenderaan mereka.
Tentera Abrahah terus mara ke kota Mekah hingga sampai ke satu tempat di luar kota Mekah bernama
Mughammis. Disana mereka telah berkhemah & merampas harta penduduk kota Mekah.
Pada keesokan paginya tentera bergajah Abrahah bergerak mendekati kota Mekah. Namun apabila sampai di kaki bukit menuju ke kota Mekah, gajah2 itu tdk mahu bergerak sebaliknya semua gajah itu terus duduk.
Walau bagaimanapun,ketika ditarik utk menjauhi kota Mekah,gajah2 itu dgn cepat berdiri. Apabila ditarik semula kearah kota Mekah,tidak ada seekor gajah pon yang mahu bergerak. Dalam keadaan kelam kabut itu, ratusan burung Ababil datang dari arah laut. Setiap burung membawa tiga butir batu kecil di paruh dan kakinya. Batu2 itu dilemparkan tepat mengenai tentera Abrahah dan kesemua mereka hancur musnah...
Begitulah balasan yang dikenakan kpd sesiapa yang berani mencabar kemuliaan tanah suci Mekah dan
tidak menyembah Allah Yang Maha Esa...

No comments:
Post a Comment